"Kepimpinan melalui teladan"
"Setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"
..macam-macam.
Langsung, apa pun yang dunia bicara tentang kepimpinan, manusia seharusnya peka dan memilih dasar diri. Pilih untuk menjadi pemimpin yang macam mana. Sebab, kita pun selalu diingatkan,
"Kita adalah pemimpin kepada DIRI KITA sendiri"

Antara sifat kepimpinan yang wajib dimiliki ialah sifat altruistik. Jika kita lihat fenomena pilihanraya di Malaysia sendiri, kita akan faham bagaimana altruistik menjadi modus operandi wakil-wakil pilihanraya kita.
Altruistik adalah antara sifat kepimpinan Rasulullah. Jika Rasulullah dianggap idola, ikutan terbaik maka sikap altruistik ini yang dilihat sebagai salah satu metod dakwah Baginda.
Terlalu banyak contohnya untuk menggambarkan bagaimana melalui sifat 'altruistik', Baginda dapat meleburkan keterjalan hati, dapat menggembira dan membahagiakan orang lain sehingga Rasulullah diikuti dan dijadikan tokoh paling berpengaruh di dunia.
"Altruistik" dalam bahasa kamusnya bermakna "sifat melebihkan orang lain dari diri sendiri"
Melalui sirah, kita dapat melihat bagaimana sifat Rasulullah ini mempunyai aura kepimpinan yang orang barat juga sibuk sebut-sebutkan. Contohnya Dale Carnegie yang menulis buku tentang "Bagaimana Mempengaruhi Orang dan Mempunyai Kawan"
Antara input yang banyak diungkapkan oleh Carnegie adalah bersifatakan altruistik. Istilah "melebihkan orang lain dari diri sendiri" adalah kunci untuk mendapatkan lebih ramai kawan, mempengaruhi dan membahagiakan diri sendiri.
-------------
Bersifat altruistik, menjadi metod dakwah Rasullullah. Baginda bersikap merendah diri, membantu dan mendahulukan keperluan orang lain.
Justeru, mereka merasakan bahawa "inilah pemimpin yang sejati. pemimpin yang mengambil tahu dan endah tentang kebajikan orang lain"
Dengan jatidiri inilah juga, Rasulullah mengimarahkan hati tawanan-tawanan Quraish semasa Fath Mekah. Mereka dilepaskan walaupun bermacam angkara dibuat ke atas Muslim. Baginda mencari solusi jangka panjang tanpa berdendam, dan menjadi contoh yang terpuji kepada seluruh umat Manusia.
Menjadi Altruistik juga bersamaan dengan 'tidak mementingkan keperluan sendiri".
Seharusnya selalu diingati oleh setiap Muslim bahawa apa yang ada di dalam dunia ini adalah hak-hak Allah yang diberi pinjam untuk sementara.
Justeru, perkongsian dan melebihkan hak individu lain adalah singkapan kepada sifat altruistik tadi.
Tidak rugi jika berbuat bakti. Juga tidak rugi untuk memudahcara urusan orang lain, kerana natijahnya adalah sifat pemurah dan pengasih Allah kepada kita. Jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita. Kerja yang ada cepat disiapkan. Persahabatan akan akrab dengan adanya sifat kerjasama.
Dan, kebahagiaan diintipkan bila terlihat orang lain rasa gembira dan bahagia.
-------------
Apa yang manusia mahu selalunya didengar, dilayan, dilihat, dikasih dan sebagainya. Manusia ingin sesuatu..dan jarang suka memberi. Itu memangnya sifat yang selalu ada.
Maka berbahagialah kepada orang yang suka memberi dan mendahulukan keperluan orang lain, kerana Allah membalasnya dengan balasan yang ternilai.
Altruistik jika dijadikan dasar kepimpinan, maka setiap manusia akan pandai dan tahu bertimbangrasa. Manusia akan mahu berkasih sayang. Inilah sifat yang orang berjaya contohi. Qudwah terpuji dari Rasul kekasih Robbi.
Allah'alam.
No comments:
Post a Comment